Salam sumer... lemau betol nak hapdet blog.. pejam celik pejam celik dah 20 Ramadhan... iskkk betol ke ni??? macam tak percaya jek kan.. adeh persiapan raya lansung tak buat.. adehh.. ok laa hari ni nak share resepi ramadhan... mee goreng jek pon.. tp ni resepi bonda tercinta... nanti korang leh la try ☺.. jom...
Bahan²:-
Mee kuning 1 bungkus (dibasuh dahulu)
Cili kering semangkuk kecil/ segenggam (ikut ske.. kalo nak pedas letak la lebih)
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 2 ulas
Udang kering 2 sudu besar
Daging (dipotong kecil² dan direbus)
Udang 5 ekor
Sotong 2 ekor (dipotong²)
Tauhu 2 ketul (digoreng dan dipotong² kecil)
Sawi (dipotong²)
Kicap pekat 2 sudu besar
Kicap manis secukup rase
Garam secukup rase
Minyak masak untuk tumis
Cara²:-
- Cili kering, bawang besar, bawang putih dan udang kering dikisar.
- Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Tumis bahan² yang dikisar sehingga garing.
- Masukkan udang, sotong, daging dan gaul hingga masak.
- Kemudian masukkan mee dan sedikit air dan gaul sehingga rata.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis dan garam.
- Akhir sekali masukkan sawi dan tauhu sehingga masak.
- Kemudian mee goreng boleh dihidang. Boleh juga ditabur dgn bawang goreng.. yummy²
-SeLaMaT MeNcUbe-
No comments:
Post a Comment
ske tak entri kite?.. sila la komen