bekgraund

Iklan Lagi

Wednesday, September 4, 2013

JoM mAsAk² : ReNdAnG DeNDeNg AtUk

Salam semua... Rasenya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Hari ni aku nak tunaikan permintaan bff lama... hew hew hew... dah bertahun dorang mintak resepi Rendang Daging Dendeng... Dulu masa dok umah sewa ngan dorang... bile turn aku masak...aku masak rendang dendeng ni... licinnn... aku belajar resepi ni dari mak aku.... mak aku belajar dari atuk aku... so hari ni aku tunaikan permintaan korang Seven+1 (erkk.... nama ultraman ke ni?? ke nama kongsi gelap?? hahahha)

RENDANG DENDENG ATUK


Bahan-bahan :

1kg daging
semangkuk cili kering direndam (kalo nak pedas letak lebih)
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
5 tangkai daun kari (boleh tukar dgn daun limau purut)
gula melaka
garam
kicap lemak manis
minyak masak
air

Cara:-

  1. Daging dipotong kecil dan diperap dengan kicap selama 1/2 jam ke 1 jam.
  2. Cili kering, bawang besar, bawang putih, jintan manis, jintan putih dan ketumbar dikisar sampai lumat.
  3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai garing. Kemudian masukkan daun kari sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging yang diperap dan masukkan sedikit air dan kacau sehingga kering berkuah. Jika daging masih liat boleh tambah air lagi dan masak sehingga daging lembut.
  5. Masukkan garam dan gula melaka sesedap rase dan sedia untuk dihidang.

Tips Cik Sally
Kalo korang nak tukar daging kepada ayam pon boley..
Daun kari boleh tukar dengan daun limau purut.. ikot citarasa kome la... heheh

SeLaMat MenCuBe

No comments:

Post a Comment

ske tak entri kite?.. sila la komen