bekgraund

Iklan Lagi

Tuesday, December 6, 2011

♪ V.o.K.a.L ♫

sekarang dah mula sebok dengan latihan vokal... ermm mcm hebat jek ada latihan vokal kan... mcm masuk rancangan VOKAL...bukan sekadar rupe... hahaha... tapi bile aku kaji² balik rupenya aku ni dah lama gak berkecimpung dalam dunia vokal ni... huhuhu... dari tabika sampai ler ke sekolah rendah.... pastu sekolah menengah stop! (sebab sekolah menengah aku x der kelab koir...heheh ke aku yg x tau...heee ☺) bila masuk dunia pekerjaan... sambung balik dengan kegiatan² vokal nih....hahha boleh dikatakan setiap tahun lak tu... huhu mcm kehebat sangat ekk dok citer pasal vokal² nih...hahhaa... sore aku tak la sedap mana.... setakat nyanyi kat ♫Kotak Merah♫ bleh laaa...gegege... tapi kalo  sore x sedap tak semestinya x leh nyanyikan... yang penting minat... actually dok sebok² pasal latihan vokal ni sbb aku ni adalah ahli koir kat opis aku ni... kalo nak cite sejarah Kumpulan Koir MATRADE ni panjang gak laaa.... tapi aku ringkaskan...

Pada tahun 2005 Matrade telah menganjurkan Minggu Kualiti Peringkat Matrade. Salah satu acara yang di anjurkan adalah pertandingan mencipta lagu Hari Kualiti + Koir sekali... so masa tu aku pon ada group aku... apa nama ntah aku pon tak ingat... tapi masa hari pertandingan tu aku x dapat join sbb aku kene pegi kursus induksi umum kat Batu Gajah, Perak. walaubagaimana pun group aku yg tinggal tu teruskan jugak pertandingan & dapat tempat ke-2... ok laa.... Juara Pertandingan Cipta Lagu +Koir telah jatuh kepada kumpulan Inspirasi (kalo tak silap aku laa...hehhe... kalo salah tolong betol kan..) Tajuk lagu dorang masa tu tak ingat la.... tapi yg tau Suzli yang cipta...hehehe... so lepas pada tu .... lagu tu telah menjadi Lagu Korporat Matrade yang bertajuk MATRADE Jalinan Antarabangsa.... Selepas pada itu Pn JJ (sekarang TC Taipei) hendak tubuhkan satu kumpulan koir... dan die telah berusaha untuk dapatkan guru vokal iaitu cikgu Siti Hajar... masa tu cikgu Siti popular bangatt.... sebab sume tengah demam Akademi Fantasia... memula aku malas gak laa nak join.... takut x dapat komit dengan trening.... pastu ntah cemana telah mendapat arahan sesiapa yg masuk pertandingan koir hari tu kene masuk.... kire kene paksa la nih... hahaha... so sbb tkt kene marah aku+geng pon pegi laaa audition.... masa tu Cekgu Syafi yang odisyen... arang wehhh.... tajuttttttttt....  rupenya sape yang odisyen... kalo ok terus jadi ahli koir.... hahaha... demmmm....dan bermula dari situ laaa aku telah menjadi Ahli Tetap koir Matrade....

Haaa ni nak cite pasal performance lak... performance pertama kami adalah Malam Matrade 2005.. berdebar sangat sbb kene nyanyi depan Datuk Seri Rafidah Aziz... lagu yang kiterog nyanyi Bahtera Merdeka versi acapela (lagu ni orang kata berhantu...) & Can't Take My Eyes Off Of You... so lepas dinner tu MITI telah anjurkan pertandingan koir sempena Minggu Kualiti MITI & Agensi... dan kami telah menjadi Johan.... tapi pada tahun 2006 kami jadi Naib Johan (yang sebenarnya Johan tapi...heheh.) dan lepas tu MITI tak buat dah pertandingan koir..... so lepas pada tu setiap tahun kami perform untuk Malam MATRADE dan Perhimpunan Bulanan...hehehe... k laaa penat dah tengok text ni... kite tgk gambar lakk...


2005

First Performance... Malam Matrade 2005

masa Majlis Anugerah Sukan Selangor... nyanyi depan Sultan Selangor


Gambar masa pertandingan koir MITI & Agensi 2005 tak de la pulakk
sbb masa tu x der kemere digital... pakai kodak lagi..haha


2006

Team Building Vokal Bukan Sekadar Rupa...hahaha

Bergambar dengan artis jemputan Khatijah Ibrahim masa Malam Matrade 2006
 
Naib Johan Pertandingan Koir MITI & Agensi 2006

2007

Tahun ni kami berehat
Tapi aku join Gamelan pulak...heheh
tapi masa Malam Matrade 2007 kumpulan koir
tetap menyampaikan lagu NEGARAKU dengan semangat
walaupun nyanyi di bawah pentas sahaja... heee


2008

♫ aint' no mountain high enough ♪
♪ aint' no valey low enough ♫
mengah... mengah

2009

sebabkan aku x amik gambar masa ni
so korang tgk kat sini jek laa...


2010


 ♫ i want nobody nobody but you ♪
tahun ni buat lain skit.. macam ala² muzikal koir

2011

Dua minggu lepas dah perform untuk Opening Ceremony Intrade 2011 & Networking
NEGARAKU acapela was great...

lagi 3 hari kami akan perform untuk Malam Matrade 2011
hope semuanya berjalan lancar dan dapat perform yg terbaek..
walaupon dalam hati ku sangat takottt dan risau


♫ owim bowee ♫ owim bowee ♫ owim bowee ♫ owim bowee

4 comments:

ske tak entri kite?.. sila la komen