bekgraund

Iklan Lagi

Monday, January 2, 2012

jOm MaSak2 : PuDiNg rOti

Selamat Tahun Baru 2012

Entri pertama aku tahun 2012...
takde la nak cite apa sgt hee... sbb bosan dok umah aku hapdet la....
masa jamuan farewell del hari tu... aku buat puding roti..
ni percubaan pertama sebenarnya...tapi feedback sume kata sedap...
alhamdulillah.... laku macam goreng pisang panas...
so ada yang mintak resepi... actually aku amik resepi dari geng divass LyNdA ZaiN..
resepinya sangat senang... sambil tido pon boleh buat...heeee...
ok jom tengok resepinya..


puding roti sedang bakar... lemuihhh jek..hehe


Bahan-bahan

Sebuku roti
1 kotak besar susu segar / 2 tin susu cair
2 biji telur
Kismis
Margerin
Esen Vanila
Gula

Cara-cara :

  1. Sapu margerin seluruh loyang
  2. Sapukan marjerin di kedua-dua belah roti dan susun dalam loyang menjadi 1 lapisan
  3. Taburkan kismis dan gula
  4. Kemudian buat lagi lapisan ke 2 dan taburkan kismis dan gula sehingga loyang penuh
  5. Dalam bekas lain, campurkan 3/4 susu segar, telur, 1 sudu kecil esen vanila dan 2 sudu besar gula (ikut citarasa masing2..kalo nak manis boleh tambah lg) . Pukul hingga kembang.
  6. Tuang bancuhan di atas roti dalam loyang dan biarkan ia meresap selama 1/2 jam
  7. Pastikan roti terendam dalam bancuhan susu.
  8. Bakar di dalam oven 170 darjah celcius selama 45 minit.
Cara-cara membuat sos :-
  1. Bahan2 : Baki susu segar tadi, 2 sudu mentega,2 sudu gula, 1 sudu kecil esen vanila & 1/2 sudubesar tepung jagung.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk dan panaskan dengan api yang pelahan.
  3. Kacau berterusan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Tips:-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu selama 5 minit sebelum memasukkan puding roti.
  2. Pastikan roti dibiarkan terendam dengan sebati bersama susu kerana kalau tak nanti roti akan mengecut bila dah masak.
SeLaMaT mEnCuBe 

4 comments:

  1. nnt bawak bagi lah diva sikit. hish dia ni!

    ReplyDelete
  2. rules Divas..kalau buat..sila bawak..hehehe

    ReplyDelete
  3. blh sye 'nak' jugak a/pon bkn ahli divas..hahaha...







    nyum nyum..nmpk menyelerakan.. bodek somi suh bli bahan²..

    ReplyDelete

ske tak entri kite?.. sila la komen