bekgraund

Iklan Lagi

Friday, August 19, 2011

sELaMat TiNggAL..

Salam 19 Ramadhan... cepat nya masa bergerak... tinggal 10 hari jek lagi nak raya.. ermm aduyaii rase mcm² x siap lagi... baju raye? adalah yg buat sendiri... yg org tempah? banyak lagiii woooo.... mak aku pon terkejut bile aku ckp smlm kawan aku nak baju minggu depan sbb die dah nak balik kampung... persiapan raya? errmm satu pon blm buat... lantak la... malas nak fikir... nak dah sampai masa siap laa.... lg pun nak prepare cemana... bonus pon blm dapat lagi... nak buat beskut raya ngan tukar tayar pon dah tertangguh... next week dah very² bz.. uwaaaa....

bab bonus & raya satu hal.... hari ni ada berita sedih melanda Menara MATRADE... Ketua Eksekutif yang kami sayangi akan meninggalkan MATRADE kerana beliau akan ditukarkan ke MIDA bermula esok... uwaaa sedeynyaaa sbb tiba² jek kene tuko kan... berita pasal pertukaran pon dah kuar kat SINI ...ramai laa yg sedey tadi... masa salam pon dah menetes airmata... kami paham Dato' pon sedey ketika itu... Dato' Noha seorang yang sangat friendly dengan staf²nyeee... sering memberi kata² semangat esp masa sukan... Dato' juga pernah menjadi penaung Kelab Bola Tampar MATRADE... dan die juga pernah menjadi salah seorang player voleyball semasa Sukan Agensi MITI... harap lepas pertukaran ni Dato sentiasa support MATRADE & Kelab Bola Tampar MATRADE... walaubagaimanapun KE yang baru MATRADE adalah Dr Wong Lai Sum.... jom tengok gambar Dato' Noha dalam kenangan...

bergambar ketika EABEX 05

masa hi-tea bersama atlet² Matrade

masa naik kapal Tan Sri Halim

Sukan Agensi MITI tahun 2007... tak menang pon tp tetap bersemangat ☺

Sukan Agensi MITI 2008.. masa ni juara berganda

Juara Bola Tampar (W) 2008.. dh penah ada gambar ni...tp nak masukkan  gakk

Juara Bola Jaring 2008

Naib Juara Koir Minggu Kualiti MITI & Agensi 2006

 Sebagai Penaung Kelab Bola Tampar MATRADE

Sukan Agensi MITI 2011.. JUARA BERGANDA...
tu jek laa gambo’ yg ada dlm simpanan aku... nak carik lagi tapi dah nak balik nak berbuka... apa pon petang ni ada Majlis Iftar Matrade... aktiviti terakhir Dato' Noha bersama MATRADE....aku x dapat join sbb tiap² thn mmg x join... apa pon Good Luck Dato' Noha... sob sob sob...sedey niii....

3 comments:

ske tak entri kite?.. sila la komen